Wednesday, December 10, 2008

Konvo........yeaaa

Mencuba jubah dulu sehari sblm konvo kt taman botani putrajaya.biasala nak serasikan diri kan

Sehari sebelum konvo

Taman Botani Putrajaya


Setelah penat lelah blaja kt uitm selama 2tahun setengah,akhirnya berjaya jugak konvo.. 29hb november 2008 merupakan tarikh aku dengan rakan seperjuangan menerima segulung ijazah atas penat lelah kami...inilah antara detik2 kegembiraan sempena konvo kami......


Thanks kak liza tlg btlkan hood..

erm nak dijadikan cite pagi tu aku dgn kakak aku terlambat spai uitm..8.15 masih dlm bas,sedangkan pkl 7.30 patut dah berkumpul..bila turun dari bas,terus bergegas ambik sarung tangan kt adik pastu pegi tempat berkumpul...spai2 trs siap pkai jubah..nasib ade kwn2 tlg siapkan..




Dengan teman2 ....

Palie,Azril,Khalida,Awin,Dd,Kak Liza,Ayu,Ejer danJue....

Dah setel pakai jubah br blh nak bergambar..erm nasibla ade kak nita tlg jadi photographer...dalam pukul 9 br gerak sikit2 ke dewan..sebelum tu setiap org dapat kad nama utk diberi utk pengumuman nama masa ambik ijazah..jalan punye jalan boleh xsedar kad dah cicir..adei lepas satu..satu..tadi lbt,ni kad plak cicir...nasib kak nita tlg coolkan aku tlg tulis atas ketas..gasakla...

Galeri PTAR.....

Smile......

Nak masuk dewan

Dewan Sri Budiman....

Menerima Ijazah dr Tan Sri Arshad

Bergambar solo sebelum bergambar bersama keluarga





Sunday, November 16, 2008

Sapaan Yang Tak Diduga...

Kelmarin hari last kat Hq sebab lepas ni kena transfer ke site kt Kementerian Sumber Manusia,Parcel D Putrajaya...So aritu kenala serahkan semua tugas kt pengganti...actually br ari isnin tu dapat tau pasal nak tukar ni..tanpa pk panjang trs agree sbb pk dkt dgn rumah skrg...tp bila pk2 balik jauh dgn member rs takut pn ade..tapi aku harapla peluang ni dpt digunakan untuk tingkatkan self confident aku..yela sebab kena berusaha sendiri..sebelum ni
xblh solve ade member blh pg tanya,tp kt tpt baru org2 br aku kenal..lelaki plak tu.....


Disebabkan petang tu org yang ganti tugas aku tu x tanya ape2 pn pasal keje tu,so Project Manager suruh aku stayback utk terangkan pasal tugasan tu..erm igtkan blh blk awal sbb dr 2.30 spai pkl 5 xde keje.tup2 pkl 5 kena suruh stay plak untuk bantu org tu..so pkl 5 tu terang balik kt dia..tp pkl 5.30 dah setel sbb x banyak pn dah wat.asyik kena kacau je.....wat itu ini...time tu solat asar pn xlagi..so lepas selesai solat jalan2 pg lrt dah pkl 6lbh.spai kt cm dah 6.30...so terlepas bas 6.20...


Aku pn trsla beratur dlm barisan org2 yang aku suspek pg putrajaya gak..tiba2 dlm pkl 6.40 tu ade org tegur aku.....tgk2 lelaki yang aku suka tgk tu..erm bukan ape sebab muka dia nampak baik dan macam islamik je.....dia tanya pg putrajaya kan? aku pn jawabla ye...then dia tanya dah bape lame tgu? aku pn ckpla dr 6.30..erm xsangka btl dia nak tgr..mungkin sbb lepas ni dah xnaik bas ke kl dah..so...mcm hadiah plak.....

Saturday, November 8, 2008

My Wish List...



My wish list right now...hope can buy it for my convocation this 29th nov
Kamera baru keluaran sony dilancarkan pada bulan september 2008..so br
je beberapa bulan dalam pasaran malaysia..terdapat dalam 5 warna..10.1megapixel,screen 3.5cm,13.9mm je ukuran kamera tu..


warna yang saya nak erm mcm kt ats tu la..warna hijau...iktkan bukannya
suka warna hijau sgt,tp kamera ni nampak cantik plak dalam warna hijau..
apa yang lebih menarik kamera ni blh guna touch screen je utk tgk gambar
atau setting fungsi kt dlm tu..dan ade gak fungsi smile detection..blh automatik tgkp gmbr bila dia detect org senyum.. tu yg buat jatuh hati sgt dengan model ni..erm harap2 dpt beli sblm konvo..

Saturday, October 25, 2008

Ayat-Ayat Cinta



Kelmarin berkesempatan menonton cite ni...cite yang hits kt indonesia dan mungkin malaysia...Masa raya tu x dapat tgk sebab x sihat...Jalan cerita cite ni amat menarik..dengan selingan berbagai bahasa.. bahasa indonesia,arab dan juga jerman menjadikan cerita amat lain dari yang lain..Bermula dengan kisah hidup seorang pelajar universiti Al-Azhar,Fahri Disulami dengan keakraban hubungannya dengan wanita beragama Kristian bernama maria tetapi mampu menghafal surah maryam...Dan permulaan pertemuannya dengan bakal isterinya aisyah yang dimulai dengan taaruf..betul2 mengikuti cara2 islam..


Bahagian cerita yang paling menarik dan menggamit emosi di dalam cerita ni bila Fahri dituduh melakukan kesalahn yang tidak pernah dilakukan olehnya.Dan betapa kasihnya seorang isteri, Aisyah yang sanggup melakukan berbagai2 usaha demi untuk membebaskan suaminya sehingga sanggup merelakan suaminya menikahi Maria demi untuk membantu suaminya daripada dihukum. Juga babak di mana Fahri yang cuba menunaikan solat ketika dirinya ditimpa dugaan oleh Allah...Ianya benar2 menginsafkan....Semoga akan ada lagi filem2 seperti Ayat-Ayat Cinta ni...
Sebenarnya Ada Senior yang dah bagi pinjam buku ni untuk dibaca..tapi hanya sempat baca spai babak dimana Fahri membantu Aisyah yang dimarahi oleh seorang lelaki arab kerana memberi tempat duduknya kepada warga Amerika..bukan ape masa tu sibuk dengan final year project dan bagi saya buku ni amat berat utk saya baca kerana bahasa yang digunakan...sesuai dibaca secara fokus dan ketika kita memang tiada akativiti lain...tak sangka pula jalan ceritanya memang menarik..alhamdulillah sebab dapat tengok jalan ceritanya melalui filem...sungguh menarik....Moga2 ada pengarang malaysia yang dapat menghasilkan skrip cerita seperti cerita ini.Insyaallah pasti dapat sambutan hangat...

Sunday, September 28, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Pixel Code Graphics





Selamat Hari raya Aidilfitri buat semua insan yang dikenali..terutama
yang disayangi dan sahabat seperjuangan....moga hari raya ni kita dapat
bersama dengan insan yang disayangi,ibu bapa..sanak saudara...Di sini saya
ingin memohon maaf atas segala salah dan silah sepanjang perkenalan..
samaada sengaja atau tidak disengajakan...moga berbahagia di hari lebaran..
bagi yang memandu tu,pandu kete hati2..moga selamat spai ke destinasi...

Thursday, August 28, 2008

Have u see this?



Erm dah 24 tahun,baru skrg tgk dan lihat sendiri
cabai warna ungu. erm ade gak cabai ungu ye...kat
malaysia plak tu.erm indahnya ciptaan allah.mcm2
ciptaannya yg x tertanding oleh manusia..

Monday, August 25, 2008

Best Friend convocation...




Congratulate my friend Siti Nur Sharida..erm konvo gak ko lps bertahun2 blaja..hehehe...hepi tgk muka ko,ceria je..erm 24 ogos majlis konvo kwn aku kt uia gombak..kira first time la masuk uia..erm cantik gak bangunan2 kt situ.ramai btl org...tp i bet konvokesyen uitm lagi happening.. :) sbb majlis abs 12.30,pkl11 br bertolak dr rumah. sampai2 dah abs majlis.mls nak tgu..nak jumpa kejap je..masa sampai dia x angkat hp,30min gak try tel..last min bila cakap dlm phone,rupa2nye belakang aku je..padanla line x clear...:) apepun hepi dapat pegi majlis konvo ko sharida.............

Thursday, August 14, 2008

Genap Sebulan...

Alhamdulillah hari ni genap sebulan aku keje kt imatera tu.. erm dalam tempoh sebulan ni ga macam2 aku lalui.macam2 kerenah org aku tgk...kadang2 menguji kesabaran.tp semua tu dugaan dari Allah untuk menguji keimanan kita. Bersyukur sangat at least sebulan gak aku dah bergelar pekerja. hari ni kena study flowchart untu projek yang aku join.erm pening gak kepala aku sebab nak study dlm tempoh yg singkat sedangkan org lain awal2 dah study.xpe take it as challange. ini baru permulaan,masa akan datang tentu lebih mencabar. moga Allah beri kekuatan untuk mengharungi segala dugaan.

Friday, August 8, 2008

Training

Assalamualaikum....

Permualaan buat perkara baru.kali pertama aku mencoretkan kisah hidup kt
blog ni.
minggu ni masuk minggu ke 4 aku keje. Selama 4 mingguni jugak aku
blaja perkara baru
.Yela 1st day masuk dah kena assign task php yg aku pn x
berapa nak blaja
hehehe..1st day tu jugak masuk training netbeans...
language yang akan digunakan untuk project
yang di assignuntuk group aku...
hari ni hari akhir training netbeans...erm
ikutkan banyak lagi aku kena blaja,
sebab asyik skip training
sebab buat php..tapi at least ape yang aku blaja tu
dapat la
jadi basic untuk aku apply untuk projek nanti..smlm dah abs meting
ketua2 pusat dgn user.maknanya lps ni dah nak develop sistem...
erm balik
lambat la lepas ni...