
Kelmarin berkesempatan menonton cite ni...cite yang hits kt indonesia dan mungkin malaysia...Masa raya tu x dapat tgk sebab x sihat...Jalan cerita cite ni amat menarik..dengan selingan berbagai bahasa.. bahasa indonesia,arab dan juga jerman menjadikan cerita amat lain dari yang lain..Bermula dengan kisah hidup seorang pelajar universiti Al-Azhar,Fahri Disulami dengan keakraban hubungannya dengan wanita beragama Kristian bernama maria tetapi mampu menghafal surah maryam...Dan permulaan pertemuannya dengan bakal isterinya aisyah yang dimulai dengan taaruf..betul2 mengikuti cara2 islam..

Bahagian cerita yang paling menarik dan menggamit emosi di dalam cerita ni bila Fahri dituduh melakukan kesalahn yang tidak pernah dilakukan olehnya.Dan betapa kasihnya seorang isteri, Aisyah yang sanggup melakukan berbagai2 usaha demi untuk membebaskan suaminya sehingga sanggup merelakan suaminya menikahi Maria demi untuk membantu suaminya daripada dihukum. Juga babak di mana Fahri yang cuba menunaikan solat ketika dirinya ditimpa dugaan oleh Allah...Ianya benar2 menginsafkan....Semoga akan ada lagi filem2 seperti Ayat-Ayat Cinta ni...

No comments:
Post a Comment