Saturday, October 25, 2008

Ayat-Ayat Cinta



Kelmarin berkesempatan menonton cite ni...cite yang hits kt indonesia dan mungkin malaysia...Masa raya tu x dapat tgk sebab x sihat...Jalan cerita cite ni amat menarik..dengan selingan berbagai bahasa.. bahasa indonesia,arab dan juga jerman menjadikan cerita amat lain dari yang lain..Bermula dengan kisah hidup seorang pelajar universiti Al-Azhar,Fahri Disulami dengan keakraban hubungannya dengan wanita beragama Kristian bernama maria tetapi mampu menghafal surah maryam...Dan permulaan pertemuannya dengan bakal isterinya aisyah yang dimulai dengan taaruf..betul2 mengikuti cara2 islam..


Bahagian cerita yang paling menarik dan menggamit emosi di dalam cerita ni bila Fahri dituduh melakukan kesalahn yang tidak pernah dilakukan olehnya.Dan betapa kasihnya seorang isteri, Aisyah yang sanggup melakukan berbagai2 usaha demi untuk membebaskan suaminya sehingga sanggup merelakan suaminya menikahi Maria demi untuk membantu suaminya daripada dihukum. Juga babak di mana Fahri yang cuba menunaikan solat ketika dirinya ditimpa dugaan oleh Allah...Ianya benar2 menginsafkan....Semoga akan ada lagi filem2 seperti Ayat-Ayat Cinta ni...
Sebenarnya Ada Senior yang dah bagi pinjam buku ni untuk dibaca..tapi hanya sempat baca spai babak dimana Fahri membantu Aisyah yang dimarahi oleh seorang lelaki arab kerana memberi tempat duduknya kepada warga Amerika..bukan ape masa tu sibuk dengan final year project dan bagi saya buku ni amat berat utk saya baca kerana bahasa yang digunakan...sesuai dibaca secara fokus dan ketika kita memang tiada akativiti lain...tak sangka pula jalan ceritanya memang menarik..alhamdulillah sebab dapat tengok jalan ceritanya melalui filem...sungguh menarik....Moga2 ada pengarang malaysia yang dapat menghasilkan skrip cerita seperti cerita ini.Insyaallah pasti dapat sambutan hangat...